Alkisahnya semalam petang aku nga tido.
Bangun tido je tetibe teringat syintee.
Buka la folder image dalam henpon E71 ni.
Ceehh.. E71 je. Bukan Iphone 4 @ Ipod @ Blackberry pun.
Tu pun henpon syintee, die bagi aku pakai lepas die beli Iphone baru.
Ok, sambung balek ea.
Aku buka folder tu, aku tengok gambar-gambar aku dan syintee.
Rase rindu kan. Dapat tengok gambar pun jadi la.
Tak lame lepas tu, aku jadi sedih.
Serius! Aku sangat sedih lepas tu.
Meh bace ape yang aku pendamkan semalam.
Aku coret dalam henpon je semalam.
Now, aku letak dalam blog ni.
Kerana ia bermakna teramat terhadap aku.
***********************************************************
Masihkah kau ingat kali pertama aku tatap kamu?
Masihkah kau ingat siapa aku kepada diri mu?
Masihkah kau ingat betapa bermaknanya diri mu kepada diri ku?
Masihkah kau ingat betapa kasihnya aku terhadap diri mu?
Masihkah kau ingat siapa diri mu?
Masihkah kau ingat bagaimana detik perpisahan ini berlaku?
Masihkah kau ingat detik-detik yang pernah kita lalui bersama?
Perpisahan ini rupanya perit buat aku.
Tapi aku yang putuskan terjadi perpisahan ini.
Kau dan aku adalah satu.
Mana mungkin aku bisa melupakan mu dengan mudah.
Masih terbayang-bayang dalam benak ku ketika kali pertama ku tatap mu.
Mungkin masa dan ketika ini tidak sesuai bagi kau dan aku bersatu.
Aku pasrah.
Walaupun dengan kehadiran mu sentiasa memberi dugaan kepada ku,
Tetapi aku gembira dan bahagia dengan kehadiran mu.
Walau cuma seketika.
Aku sangat merindui mu.
Aku sangat ingin mendakapi dan mengucupi kamu.
Jika kau hadir sekali lagi dalam hidup ku,
Aku berjanji akan memberikan yang terbaik supaya hidup mu sentiasa ceria dan gembira.
Maafkan aku kerana telah memutuskan terjadinya perpisahan antara kita.
Semoga kau bahagia di sana.
Kehadiran mu akan ku tunggu dengan hati yang terbuka.
Walaupun kita cuma dapat bersama dalam masa yang singkat,
Tapi aku akan kenang kau hingga ke hujung nyawa ku.
Kerana kau adalah yang pertama bintang hati ku.
Kau telah memberikan rasa kebahagiaan kepada ku.
Terima kasih sayang.
Aku sangat menyayangi dan mencintai mu sehingga ke akhir hayat ku.
*************************************************************
Jom layan lagu Perpisahan ini by 1st Edition ft Aizat Amdan
p/s: Aku berharap perkara ini tak akan berlaku antara aku dan syintee. Luv him a lot!
Read more...