Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, November 19, 2019

PART 6 : KEY COLLECTION LETTER


Hi Assalammualaikum,

Alhamdulillah, kami da collect kunci masa 1/11/2019.

Proses masa dengan pemaju kami ni, kami bayar maintenance & sinking fund masa 25/10/2019.

So, ikut tarikh VP, kita pun lock tarikh 1/11/2019 untuk collect kunci. Nasib masih baik sebab masih ada slot yang kosong.



Syukur Alhamdulillah.. Penantian May 2017 berakhir pada November 2019 😍


Read more...

Monday, October 21, 2019

PART 5 : VACANT POSSESSION LETTER

Salam.

Hari yang sama, post yang ketiga. Haha. Make it short tapi ikut part la ye.

Bagi yang baru membaca, boleh go through proses saya yang sebelum ni.

Sekarang stage saya adalah dah dapat VP letter & ini muka surat depan sekali yang bertarikh notis 1 Oct 2019.


Surat VP ni dia pakai registered mail. Biasa surat stage tu dia pakai post biasa je.

Atas tu contoh surat unit saya. Sekali dia bg outstanding amount yang kita perlu bayar sebelum serahan kunci. Bawah ni saya punya amount outstanding.



Sebelum ni siapa yang ada late charges tapi tak jelaskan sekali, dia akan include dalam outstanding amount dalam VP. Contoh dari sahabat group whatsapp kami yang share dia punya SOA.


Seperti dalam surat VP ni, outstanding ni minta diselesaikan dalam masa 30 hari. Sebabkan kecoh pasal borang TNB pun tak siap lagi & meter tak pasang lagi, ramai la mogok kata tak nak bayar.

Kata dari pemaju, lepas surat ni, ada 1 surat Key Collection untuk appoinment ambil kunci. Kalau tengok dari surat VP, maintenance dah charge mulai 1 Nov. Tak lama je lagi ni, tp meter tak pasang lagi.

So, kita snap shot kat pemaju macam dalam SNP, VP adalah termasuk penyerahan kunci. Pastu kami ni nak bayar masa ambil kunci sekali bawak cash. Kata mereka, ok je. Boleh. Sebab surat Key Collection tengah dalam proses. Bila? Wallahualam.

Sekarang stage kami adalah tunggu surat kunci untuk set appoinment tarikh ambil kunci.

Happy sikit sebab tak lama lagi nak duduk rumah sendiri dah.

Tapi sekarang da 3 bulan bayar rumah sewa & loan LPPSA full monthly amount.

Mengais sikit la, tapi semuanya untuk rumah duduk sendiri. Alhamdulillah.


Read more...

PART 4 : LATE CHARGES

Salam.

Same day kita update cerita lain pulak. Pasal Late Charges.

Kebiasaannya untuk projek yang masih dalam pembinaan biasa memang akan kena denda lewat ni. Untuk government loan masa diperuntukkan 6 bulan & untuk loan dengan bank ada masa dalam 3 bulan.

Sebagai pembeli, kita kena make sure yang payment da release dalam masa 30 hari dari tarikh surat notis.

Sekarang ni untuk projek kami di Puchong Utama, kami da terima Vacant  Possession Letter dah.
Sebelum pemaju buat surat ni, ramai dalam group whatsapp yang share dieorang ada terima surat Late Charges. Masa tengah kecoh-kecoh pasal ni, kita pun buat la short note pasal progress payment. And here we go ;
  
 
Tapi kes kami ni settle masa tu jugak sebab pelik la LPPSA tak release payment kan. Bila call kata mereka tak terima invois 2(D) tu, so pemaju hantar semula and payment release tak lama lepas tu.

 Bawah ni saya share contoh invois dari group sebelah yang kena denda lewat ni.


Masa terima surat ni, ada yang dah bayar & ada yang belum bayar. Lepas pemaju da issue surat ni, dieorang sibuk issue surat VP pulak. Siapa yang tak bayar lagi, masa dekat letter VP, dia akan include this outstanding dalam surat VP.

Read more...

PART 3 : RUMAH SELANGORKU_PROSES CAGARAN KE LEMBAGA

Salam. 

We keep this entry short & padat sebab tak ada banyak masa nak update online diary ni.

This entry not much to share sebab banyak step & dokumen adalah dari peguam.

Lepas dokumen dah prepare dari peguam, diaorang akan call untuk sign segala borang-borang yang diperlukan.

Tapi, peminjam kena push & keep following-up untuk dokumen tu da siap prepare.

Sebab lepas dari terima semua dokumen ni, baru la lembaga release payment ke pemaju. You have 6 months dari tarikh SNP untuk elak Late Charges.


 Bawah ni ada short note yg korang boleh agak time frame untuk setiap proses.

 Lepas je dapat tahu 1st payment da release, esoknya terus kita buat surat refund minta balik deposit sebab loan lulus 100%. Hampir 1 bulan, dapat information yang cheque refund dah boleh collect.

So, this part just make sure all in time. Supaya tak kena Late Charges. Bukan serahkan sebulatnya pada peguam sebab mungkin mereka pun ada terlepas pandang sebab bukan kita sorang client dia. Banyak lagi dia handle. Kita kena keep remind them.

Finally, happy bila tengok payment on time & lega kemungkinan besar tak kena late charges. 

Kita belanja picture masa constuction July 2017.




Read more...

Monday, January 22, 2018

PART 2 : RUMAH SELANGORKU_PROSES PINJAMAN LOAN LPPSA

Assalamualaikum Readers, 

Rentetan daripada post yg lalu http://nafardz.blogspot.my/2017/07/part-1-rumah-selangorkuditawarkan-rumah.html lepas cabut undi 20/05/2017 (Sabtu), kena tunggu S&P yg da siap complete dr peguam. Selepas hari ke-24 (setelah 3 minggu lebih menunggu), S&P da dapat collect pada 13/06/2017 tengahari.

Lepas dapat S&P, terus la online permohonan loan LPPSA kat web dia petang tu jugak. Esoknya 14/06/2017, En. Syintee pun hantar borang LPPSA ke bahagian HR untuk pengesahan & cop. Kami buat atas 1 nama sahaja untuk loan LPPSA. Kami adalah pemohon bg kategori Jenis 3. Petang tu jugak HR da pulangkan dokumen kitaorg. Terkejut jugak mcm cepat sgt. Hihihiii.. Terus la check through apa support dokumen yg nak kena hantar kat LPPSA untuk proses premohonan. Boleh click sini http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/borang/borang-manual-sppb dan scroll yg bawah sekali.

Bila da go-through, baru perasan no 10 (Geran yg telah disahkan - sy minta pada pemaju), 11 (Carian Rasmi yg disahkan - sy minta peguam buatkan), Borang 3 (Akujanji peguam - minta dari peguam, Pengesahan Akaun Bank Pemaju - minta dari Pemaju) & Borang 5A (Ada pecahan minta dari Pemaju & Peguam) tak ada. Cepat2 la sort-out yang mana nak minta pada pemaju & peguam. Tarikh ni jugak cepat2 contact Peguam & Pemaju untuk prepare dokumen tambahan ni. Tak boleh lengah sbb proses kat LPPSA nanti pun ambil masa, kena Late Charge/Penalti dari pemaju plak.

Dalam masa seminggu, cukup la segala dokumen. 21/06/2017 da hantar ke LPPSA by hand. Make sure ikut segala susunan seperti Jadual Senarai Semak Pinjaman Jenis 3 tu. Memang cepat la orang kaunter tengok dokumen.

 Ini lah slip yang diberikan oleh orang kaunter bahagian Penerimaan Borang.

Setelah 2 minggu, check status loan da LULUS & surat bertarikh 04/07/2017. Boleh download je dari web tu. Terus print untuk prepare esok bawak pegi HR untuk cop & sign. Ptg tu jugak la hantar LPPSA by hand @ 05/07/2017.

Itu sahaja bahagian proses Pinjaman Loan dengan LPPSA. Tapi bahagian borang kami ada berbeza sikit daripada apa yg telah diumumkan dalam Budget 2018 sebab lawyer fee untuk pinjaman adalah tanggungan kami sendiri. Maka, tak payah la saya share berapa kami bayarkan. Tapi untuk simpanan & kenangan kami, boleh la attach sekali :)


Will continue for Part 3 : Bahagian Gadaian & Cagaran ya. Terima Kasih.




Read more...

Tuesday, July 25, 2017

PART 1 : RUMAH SELANGORKU_DITAWARKAN RUMAH


السَّلَامُ عَلَيْكُمْ 

After 2 years, now update my online diary. 
Bukan apa, ini salah satu pengalaman yg penting yang tak nak dilupakan.
So, dengan adanya online diary ni, boleh la buka2 balik bila rasa nak kenang saat-saat Ditawarkan untuk memiliki Rumah Selangorku.
Mudah juga buat siapa-siapa yang meng’google’ mencari sedikit info.
Kronologi nya begini : -


11 MEI 2017  

Masa ni berada di Langkawi, tengah bercuti Anniversary. Tiba-tiba ada emel masuk seperti tertera di bawah;




Actually, antara kira cepat jgk ditawarkan rumah. Mohon online masa 08/09/2016.


Sekarang, method mereka, Pemaju yg akan contact kita selepas LPHS da buat pemilihan untuk menawarkan Rumah. Siapa dalam online LPHS da ada status 'Ditawarkan Rumah', boleh contact Pemaju. Mungkin anda adalah Fasa seterusnya untuk bloating & prosedur seterusnya. Macam kami tup2 ja ada masuk email. Tak ingat langsung pn nak check status dalam online LPHS tu.

Alhamdulillah, orang kata mungkin rezeki da sampai. Da la tengah bercuti menghabiskan duit. Tiba-tiba dapat tawaran pulak. Terus pening. Sebab apa tahu tak?

 So, jom tengok apa fail attachment dalam email td. Boleh tengok di bawah.

Surat Tawaran Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama
As state dalam surat tu, kena sediakan 10% deposit + Rm 2,000 lawyer fee untuk S&P. And you know, you ada 1 week nak decide untuk terima atau tak. Actually, macam da putus harapan da. Sebab banyak tu 10% from RM 195,000 untuk orang sederhana seperti kami ni. Hihihii..
As we know, kalau da nama rezeki, dapat jugak lengkapkan syarat2 untuk bloating. 

20 MEI 2017 

Hari Bloating. Seawal pagi da bersiap, sebab bila search pasal hari bloating ni tengok gambar semua sesak2 belaka. Tapi bila sampai sebelum pukul 8 pagi, Eh! Tak ada orang. Hahaha..

Enjoy selfie-selfie dulu pagi tu.

Lepas tu pegi breakfast dulu. Hahaha
Lepas makan, datang semula ke dewan. Tak lama lepas tu da boleh masuk.
 
Keadaan dewan. Tak seperti yg dibayangkan. Ingatkan kat kawasan lapang dataran. Siap ada aircond, sejuk giler. Huhuu
Nampak tak dapat turn No 2. Antara orang terawal yg sampai. Huhuu
Step seterusnya cabut undi untuk unit pilihan. Redha je la.
Lepas cabut undi, pegi meja sebelah & serahkan duit deposit.
Lepas step yg ni, pegi meja peguam plak. Serahkan fee S&P seperti yg tertera di bawah ;
Prosedur selesai ! Fuhh..
Tahniah !! Anda berjaya baca sampai habis. Hihiii.
Next prosedur kita sambung lain post ya.
Terima Kasih.


Read more...