Tuesday, August 5, 2014

Seminggu Cuti Raya 2014

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Macam mane sambutan raya? ada meriah? hehee
Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama mama and papa sambut raya bersama ayyad.
Tahun lepas, mama papa kena kerja masa raya. Tahun ni dua-dua cuti, lagi bermakna sebab ade ayyad sekali.. Syukurrr... Sihat ayyad membesar..


1 syawal disambut dengan keluarga mertua sebelah hubby. 2 syawal family sebelah abah saya datang beraya di rumah mertua. Meriah. Mak kata ramai yang datang sebelah saya ni. Tu bestnye family sebelah abah yang sepakat berjalan mana-mana beramai-ramai. Alhamdulillah :) Lepas tu, saya pun ikut trip sekali jalan pulang ke kampung di Sepang..


Jalan amek angin dekat Pantai Bagan Lalang dengan ayyad dan adik-adik..
 




5 syawal, main air dekat Ulu Bendul pulak.. Pegi dengan adik-adik je, saje abeskan masa..






6 syawal, ramai-ramai plan jalan beraya di umah mak sedara di Kajang. *gambar takde plak, ade dlm group whatsapp*
Lepas dari Kajang tu, singgah main air tok budak-budak kat Putrajaya. Then, ktorg pun terus balek Sg Buloh lepas ayyad main air..







7 syawal, berakhirlah cuti raya mama and papa.. Esoknye mula bekerja, ayyad pun abes la bermanja dengan mama seminggu ni.. Cian ayyad.. heheee.. Tak terlambat lagi rasanya, kami sekeluarga mengucapkan:



"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN"





Read more...