Saturday, November 6, 2010

Nafardz Junior


Nanti aku nak amek gambar baby aku camni jugak. Hehe. Cute sangat!

Dalam 2,3 hari ni aku asek tengok kat Facebook orang letak profile picture gambar ultrasound baby. Tak tau la aku berapa bulan baby dieorang tu. Bahagie nye dieorang dapat baby yang pertame kan. So, dengan semangatnye aku pi search pasal ultrasound ni. Dari situ aku tau kenape nanti aku kena buat ultrasound. Hehe
  1. Nak tau due baby la. Bile da tau mesti tak sabar nak tunggu mase tu kan.
  2. Nak tau mungkin tetibe aku dapat kembar ke. Hehe. Aminn. Dapat kembar pun seronok jugak. Huhu
  3. Nak kena tau yang kandungan aku nanti membesar dengan normal.
  4. Nak tau juga kedudukan placenta. Tu medical term, melayu die orang panggil uri. Mane la tau kan, tetibe placenta tu melilit kat leher janin ke. Kan bahaye tu. Kena tau supaya boleh la buat langkah-langkah seterusnye.
  5. Nak kena tau jugak pertumbuhan janin dan untuk kenalpasti kalau-kalau ade kecacatan fizikal.
Itu sebab-sebab kenape aku perlu buat ultrasound bile aku pregnant nanti. Haha. Da senarai siap, kelas gitu !
Then, mesti korang nak tau jugak kan bile kite kena buat ultrasound. Aku pon nak tau jugak. Mai kite google same-same. Haha

Minggu ke 5/6/7 - Waktu ni kite boleh tau kalau-kalau kite pregnant luar rahim. Or medical term nye "ectopic pregnancy"


Minggu ke 10 - 14 - Pada waktu ni semua yang pregnant seeloknye buat ultrasound tok konfem due dates baby. Mase ni pon da nampak soft marker kalau ade abnormal kromosom. Macam syndrome Down.


Minggu ke 18 - 20 - Mase ni tok check baby membesar dengan normal. Minggu ke 22 boleh predict sex baby tapi not possible 100% oke. It depends pada kedudukan baby, cecair amniotic baby dan ketebalan perut mother.


Minggu ke 28 - 40 - Bile ade komplikasi or masalah pada baby, waktu ni recommended.

Itu saje untuk entry kali ini. Pasal untrasound je sebab lately banyak tengok picture ultrasound baby orang. Haha.




Gambar ni gambar ultrasound baby boy. Bukti ??
Tengok kat pointed arrow kat gambar tu. Tu gambar penis. See, it's baby boy. Hehee :)








Gambar sebelah ni pulak, gambar ultasound baby girl. Bukti ??
Tengok kat pointed arrow kat gambar sebelah.
Itu bahagian labia. See, It's baby girl. Hehehe :)




Aku pulak yang cam seronok tengok gambar-gambar ultrasound ni. Siap google segale. Abes nota psychiatric aku. Adeehhhhh~~~~
Sem depan aku update lagi pasal pregnancy + baby oke! Sem depan aku posting kat antenatal pulak. Huhu. Seronok-seronok. Tapi tak tau kenape bile exam paper ni la markah yang rendah. Haha. Tak pe, pasni aku dalami betul-betul. Haha...
Cumil kaannnn...... ^__^

   

2 comments:

lea said...

haahaha...semangat je ko:P

Nafardz said...

mesti! xlame je lg tu. hahahaa