Tuesday, March 18, 2014

Final checkup PPUM @ 40 weeks 5 days..

18032014:
Pg ni ade checkup kat ppum jam 8 pg. Bile dpt appointment pg2 ni kebiasaannya orang tak brape nak ramai. Sronok je dapat abes screening awal. Hehehee.. 

Jam 8.30 pg cmtu, da dipanggil tok masuk ke bilik doktor. Doktor terangkan serba sedikit bile da overdue dan prosedur2 yang terlibat macam vaginal examination & induction of labour. Doktor cakap sekejap lagi die nak buat VE, mana tau 'jalan' da buka ke. So, prepare mental and body for VE. Oh MY!

First time experience VE, sakitnye kne godek2.. Arrgghhh.. ~ Tibe2, rase cam something mengalir, dalam kotak fikiran "ai, aku terkencing ke?" Sbb doktor tu godek memg boleh tahap tkencing la kalau sape yang tak kosongkan pundi kencing lagi tu. Then, doktor tunjuk kat glove die, darah da turun. Salah satu tanda tok bersalin dan buka dlm 1 cm. 

Lepas tu, di minta naik ke tingkat 4, tok buat rekod CTG. Patutnye prior to arrival, tp ade clash dgn appointment yg tibe2 bertukar minggu lepas. Tak de plak cakap smule tok buat CTG for next checkup. So, naik la tingkat 4. 

Sampai tingkat 4, nurse tanye da makan belum. Harus la belum kn, awal pg da smpi hospital. Baru plan ngn hubby lepas ni nak g sarapan. So, minta tolong hubby beli roti ngan air tok alas perut. Sbb nak elakkan baby sleeping mase rekod CTG. Settle sume CTG kol 10 pagi.

Turun bawah bagi result kat doktor tu semula. Everything normal kot, sbb doktor tak kate ape2. So, boleh pulang. Tapi dipesan, kalu contraction datang dengan kerap, pegi ke labour room terus. If masih takde tanda2 nak bersalin lagi, terpaksa induce 24.03.2014. Hopefully, dapat rase sakit bersalin normal tanpa induce. Amin ~ semoga segala dipermudahkan :)

Read more...