Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, July 14, 2011

coming soon interview for the first time T_T


Suara Lunak: Hello, nadrah jamaludin


Me: Hello, yes.


Suara Lunak: I'm calling from Gleneagles KL. Can you come for interview on 21?


Me: Sure.


Suara Lunak: Do you know where exactly located?


Me: Erm, not sure.


Suara Lunak: You come by yourself with own transport or public transport?


Me: Maybe someone will send me there.


Suara Lunak: Your someone know where this hospital?


Me: Not really sure. Erm, where?



Suara Lunak: Near to KLCC. In front of Eastern Mall.


Me: Owh, ok.


Suara Lunak: You bring along your original certificate with photocopies. Your photostat IC and your passport picture ok?


Me: Ok. So, who i need to refer there?


Suara Lunak: Human Resource Dept at 2nd Floor.


Me: Ok. Thank you.


~ owwhhh.. nebess.. ~






Read more...

Saturday, July 9, 2011

Da ready tak nak kena interview tok job Staff Nurse ni???

Da abes blaja kan? 

Buka buku tak?

Takkk???

Abes tu ingat ke ape yang da belaja selama 4 tahun tu??

Ingat tak???

Tak jugakk???

Abes tu ready ke kalu kena panggil interview nanti??

Hentam???

Mane boleh. Kalu hentam, nanti tak dapat job pulak kan..

Jom Study!

Tak tau nak study ape??

Nak tau contoh soalan interviewer x?

Meh kite check bawah ni :


Boleh jawab dengan lancar ke tak??

Tak???

Kalu camtu, jum mule stadi ye..

Hehee :)

p/s: sumber dan nak tau pengalaman interview boleh bace kat BLOG NI



Read more...

Wednesday, July 6, 2011

cite HOT - result LJM da keluar

cerita ni panas lagi ni.

baru dalam sejam yang lepas.

keputusan exam Lembaga Jururawat Malaysia da keluar.

dan kami da buktikn yang kami boleh lulus 100%..

alhamdulillah..

Degree of Nursing, USM batch 2007/2008 pass 100% dan break the record :)

Nursing babes, korang memang gojes terbaaeeekkkkk.....

Walaupun lecturer banyak bising dengan perangai kite ni yg tak same mcm senior2 yg lepas, 

yg ayu, sopan & baek..

tapi kite da dapat buktikan yg kite boleh buat yg terbaik..

kite memang banyak main-main bile dalam kelas kan. Tambah-tambah memang nakal,

Tapi kita serius tuk tentukan future kite ^o^

Girls, good luck for ur future oke!!!







Read more...

Komunikasi dalam perhubungan

Wanna hear HOT NEWS ???

Nak dijadikan cerita, semalam petang syintee pegi jogging.

Die pakai seluar track hitam, singlet hitam and for sure sepasang kasut la kan tok jogging.

Dan habit yang biasa dilakukan ialah menyumbatkan telinga dengan mp3.

Saye tak tau cerita sebenar, cume ape yang diberitahu ade a group of lady usha syintee..

Die kate syintee SEXY. Aduh, bukan main lagi syintee ni kembang kempis kembong-kembong.

Hahaa.. 

Kalau kite yang kena usha, bising die.

Nasib baik la kite tak de kat sane.

Kalau tak, da lame kami ni korek2 mate lady-lady tadi.

Aduuiii.. Suke hati je nak usha laki orang.


Huuhhhhh ~

Nasihat tok syintee: Lepas ni tak boleh pakai singlet da. Pakai baju yang longgar-longgar je oke!

I jeles oke orang lain tengok kamu. Hehe

Lepas da habis cerita pasal kejadian waktu jogging.

Syintee buka cerita pasal komunikasi dalam perhubungan dan orang sekeliling.


Ape-ape pun semuanya mementingkan komunikasi.


Kalau bekerja pun, orang nak yang ade skill komunikasi jugak.


Tanpa komunikasi yang betul, akan menyebaban berlakunya pergaduhan.


Percaya tak?? Nak bukti dari realiti??




Hari Isnin, around 7.15 - 7.30 pagi:

Syintee nga odw balek umah lepas night shift,

lampu isyarat da merah, syintee berhenti tapi itu pun da lepas dari garisan.

ikot law memang la salah, tapi korang pun tau kan, biasa la tu.

tapi bus belakang ni berhenti pastu hon kat syintee.

die kate lebih krg cmni la "kalau aku langgar ko tadi camne BODOH"

syintee pn kate la "Ko xnampak ke lampu merah BODOH"

driver bus ni ajak gado plak.

Hello, syintee i ni pantang dicabar.

Bile syintee da tongkat, die yg da bukak pintu bus pn tutup balek

Die da cuak daa.. Padan muke..

Pastu berhenti tepi kat depan siket, polis trafik datang.

Polis tny kat syintee "apehal ni? kenapa?"

Driver tu lebih-lebih pulak nak bercerita.

Polis kate " saya tak tanye awak, saya tanya kat die"

Perrhh.. padan muke ko. polis pun xnak dgar ckap ko.

Syintee pun cite la. Lastly, driver bus yg kena saman.

Padan muke!! Memang ko yang salah, nampak sangat nak kejar lampu isyarat tu..




Itu realiti antara orang sekeliling.


Antara pasangan pulak cam mane??


Saya rase tak perlu la nk detail kan sebab most of us mesti da experience


Bila komunikasi antara pasangan tak ada,


segala masalah tak akan dapat diselesaikan.


Saya banyak kali da hadapi perkara ni, tapi bila da name nye perempuan.


Sentiasa mengikut emosi dan perasaan.


Terima kaseh syintee sebab banyak bersabar da dengan saye ni. 




Read more...

Sunday, July 3, 2011

: saya perlukan pekerjaan tok menyambung kehidupan :

kerja! kerja! kerja!

mai la sini. hehe

da menganggur selama hampir 2 bulan..

yela, abes blaja 5hb 5 2011.

pastu baru abes LJM 15hb 6 2011..

ade la pegi interview kat kl, tapi tak dapat la.

kat damansara perdana pun ade jugak panggil.

tapi susah sebab tak de transport.

ofis da cantek, apartment pun da cantek.

malangnye, tak de bus masuk kat apartment tu je.

jauh kot tok jalan kaki dari apartment tu ke simpang lampu isyarat sane.

if ade transport, 5 minit pun boleh sampai :(

rasa sayang la jugak terpaksa lepaskan keje tu.

tak pe la. Maybe esok da boleh tau result LJM.


Harap-harap lulus la.

Risau gile kalu tak lulus ni.

Nanti kena amek sekali lagi.

Tak mo. Tak mo.

*sambil geleng-geleng kepala*

So, tunggu la esok camne ye.

Katenye result kuar esko, tak tau la sahih ke tak berita ni.

Bile da lulus, baru boleh keje Nurse.

Tu je keje yang tau buat. Huk3

Tak boleh la kalau tak keje.

Nak shooping pun tak dak duet. Hehe

Tak syookkk wwooo :P



Read more...

:: adapted as Persediaan Bakal Pengantin ::



Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.



MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruhMalaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak



Read more...