Friday, July 25, 2014

Ayyad 4 bulan..

Salam..

Lama tak update pasal ayyad kan.. Alhamdulillah, ayyad sihat sentiasa.
Da pandai ketawa terkekek-kekek. Nanti mama upload ye sebab ade dalam henpon papa..
Short list je keadaan ayyad hingga sekarang ye..:)

12 MEI 2014 (Isnin)
Alhamdulillah, anniversary mama dengan papa yg pertama setelah ijab kabul. Ayyad pun da ade dengan mama and papa. Mama and papa plan pegi Bukit Tinggi jalan-jalan ambil angin. Masa ni ayyad berumur 54 hari :)





14 MEI 2014 (Rabu)
Mama da start keje masa ni. Sedih sangat sebab kena tinggalkan ayyad mase umur baru sebulan lebih. Tapi atas tuntutan kerja, mama terpaksa. Mama tinggalkan ayyad untuk mama sue jaga. Alhamdulillah, rezeki ayyad, sangat dimanjakan dengan mama sue. Banyak baju die belikan. Jaga ayyad full time depan mata. Ya Allah, moga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik pada keluarga mama sue. Mama sue cuma berkesempatan menjaga ayyad sehingga 14 July 2014 atas sebab kesihatan yg tak mengizinkan.

16 JULY - 18 JULY 2014 (Rabu-Jumaat)
Ayyad dijaga oleh seorang akak yg tinggal di apartment blok G. Nama je apartment, tapi keadaan sekeliling macam flat biasa je. Mungkin bangunan tu pun da lama terbangun. Cuma 3 hari je ayyad dijaga dengan akak tersebut dengan sebab umah die tingkat 13 kot. Bercinta setiap hari nak daki lif sampai tingkat 13, lagi-lagi kalau masa tu kena kejar masa dengan papa ayyad yg nak masuk keje dalam masa yg sama. Selama mama ikut tinggal dengan papa, mama tak penah pegi dan balek keje sendiri, setiap hari papa yg anta dan ambil. Masa perut memboyot bawak ayyad pun, mama masih pegi kerja bonceng moto dengan papa. Papa banyak korban masa dia tok kite tau. Hehee.

21 JULY 2014 (Isnin)
Bermula ayyad duduk dengan pengasuh yg baru. Pangkat nenek untuk ayyad. Harapnya ayyad suka duduk situ dengan ada ramai kawan dalam uma tu sebab cucu-cucu die pun duduk sekali. Ayyad belum nak meniarap sendiri lagi. Kalau papa atau mama letak ayyad meniarap, ayyad mesti tolak-tolak nak telentang baring semula. Ayyad malas usaha ye. Hehee.. Cepat la ayyad besar :)

25 JULY 2014 (Jumaat)
Ayyad ade ruam dekat bahagian depan badan, leher dan muka. Pengasuh sebelum ni tak pernah pun ayyad sampai ruam-ruam. Eeerrmmm.. panas ke syg? Cian ayyad. Mama harap tak makin terok. Lagi 2 hari nak raya. Kita dapat raya bertiga la tahun ni :)




Read more...