Friday, July 3, 2015

Pengalaman bersalin ke 2 (induce method)

Assalamualaikum dear diaries online.. 
Hampir setahun tak diupdate blog ni kn..
Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat semuanya..
Ditambah lagi dengan penyeri yg no 2 pada 17 hb 4 2015 ^_____^
Kali ni nk share pengalaman bersalin buat kali ke 2.. 

EDD : 27 hb 4, 2015..

16.04.2015 @ 38weeks 4days
Ade checkup di Ppum seperti biasa. Dan dikejutkan dengan berita dinasihatkan untuk 'admit' terus bagi prosedur 'induce of labor' keesokannya. Actually GDM on tablet Metformin. Depan doktor airmata da bergenang memikirkan abg fayyadh yg terpaksa ditinggalkan dalam keadaan emosi mama yg tak bersedia sebab tak pernah berpisah dengan abg yad..
Bagitau hubby kena admit, tapi depan hubby airmata tak dapat nak tahan da. Sedih sgt bile call 'babysitter' mintak tolong jagakan abg yad.

17.04.2015 @ 38weeks 5 days
9.30 am- start induce ubat pertama. Tapi tiada kesan lepas insert ubat pertama.
4.00 pm- ubat ke 2 dimulakan. Tak lame lepas tu, contraction adalah sgt kerap. Sampai dinner pukul 6.30 pun tak boleh nak jamah. Mampu jamah buah je dalam keadaan sakit2 tu. Mesej hubby suruh datang sebab tak mampu nak makan dinner mase tu. Tak lame pastu hubby datang.

Actually hubby tengah keje, shift petang mase tu. Contraction semakin sakit. Genggam cadar katil, genggam tangan hubby, genggam baju hubby yg nampak macam nk koyak pun ada. Sangat sakit. Pkul 7 pm, da xtahan sgt, doktor dtg tgk buat VE, tapi doktor cakap baru 3 cm. Waduhh, bile difikirkan, lame lagi ke nak buka ni. Huhuhuu... Doktor suggest ambil ubat tahan sakit. Tapi kite xnak sebab nanti effect Kat baby. Cube bertahan smpai pukul 10 pm. Xtahan da sampai minta ubat tahan sakit. Lepas tu cakap dengan hubby nak gi toilet, nak buang air. Kat toilet ade feeling macam nak teran tapi tak berani sebab sebelum induce da gune ubat lawas. Pegi kat katil, nurse datang bawa ubat tahan sakit, cakap kat nurse ade rase nak teran tadi, nurse buat VE, katenye macam da 5 cm, panggil doktor untuk confirmkan. Ubat tahan sakit tak jadi bagi. Saket sangat da mase pukul 10 pm ni. Decide tolak labour room, turun pukul 11.20 pm. Kat labour room da saket sangat, cakap dengan doktor ade rase nk teran, doktor kate teran perlahan-lahan dulu. *** dieorg tengah masukkan data patient dalam komputer ***

Dalam teran diam-diam, air ketuban pecah. Terus tangan melambai panggil doktor, tak mampu nak bercakap da masa ni. Alhamdulillah adek Muhammad Faheem Rizqi pun selamat dilahirkan pada jam 11.41 pm. Pukul 1 da transfer out ke postnatal ward. Singkat betol masa kat labour room, ctg pun xsempat nak amek record receiving. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.

*** pukul 9 pm, ade hubby kate nak balek dulu, tapi kite tak bagi. Nasib baik nurse tak halau sebab memang tak boleh teman sebenarnya. Kalu x, memang jadi macam abg yad dulu, hubby xtau pun da kena tolak labour room sebab mesej tak balas. Kite da sakit, memang da tak fikir telefon pun. Huhuu ****

Read more...