Ingin melihat kamu sentiasa di depan mata ku.
Hari ini aku rase sedih yang teramat dengan posting. Kenape aku tak teruskan dengan minat aku yang lebih kepada Matematik, Add math or akaun boleh la kot. Kenape aku tersimpang jauh dari minat aku? Aku rase budak skola aku dan kawan-kawan matrik aku tau yang aku lebih minat pada matematik. Ada kawan skola aku sampai tak pecaya bile aku kate sekarang aku study course Nursing. Arrggghhh ~ Da la jawab exam bulanan Biologi pon sampai menangis atas kertas soalan. That time, aku MENYESAL kenapa tak tulis surat pindah kelas Akaun. Sekarang, aku MENYESAL kenape aku maseh terime course ni walaupun setelah diberitahu oleh ayah aku yang aku dapat Nursing, aku menangis sebab aku memang TAK MINAT ape-ape berkaitan Sains. KENAPA AKU MASEH DISINI? SUDAH TAON AKHIR? wawawawawaa...soobb...ssooobb..ssooobbb...
Mood aku memang down. Sudah 2 malam tak boleh nak tido. Rase cam tido-tido ayam je. Dekat kol 4 pagi baru nak lena, then kol 6 pagi da bangun bersiap pegi posting. Aku rase berdebar-debar, anxiety level aku meningkat sehingga maximum. Tak pernah aku rase cam ni. Adekah kerana aku tak boleh nak berhadapan dengan CI aku? Esok adelah hari terakhir aku posting sem ini. Sem 7? Sudah jauh aku melepasi rintangan yang sukar untuk diterime otak aku. Aku YAKIN, aku SANGAT TEROK untuk semester ini. Rakan 1 batch aku, andai aku tak dapat ber'graduate' dengan kalian, aku akan doakan kalian akan sentiasa berjaya.
Dengan mood aku yang tak stable ni, perut aku rase tak selesa cam nak mual pon ade. Kepala da terasa pusing-pusing dengan masalah ditambah pula dengan aku yang tak cukup tido. Bile aku nak bangun dari kerusi dan menuju ke katil untuk berehat, dengan tibe-tibe DDUUMMMMM ~ AAAUUUWWWW ~
Kepala aku terhantuk kat katil yang double decker ni. Adeehhh... Seperti genjatan elektrik Electroconvulsive Therapy (ECT) yang diberi rawatan pada pesakit-pesakit mental, aku hilang ingatan seketika tentang masalah aku. Bile sakit, mesti teringat nak mengadu kan. Aku teringat kat SYINTEE. Tapi aku tak boleh nak mengadu sekarang sebab die tengah keje. Tak nak ganggu.
Teringat segala pahit manis memori kami. Aku rase da banyak menyusahkan die. Maaf syintee sebab kehadiran ku hanye seperti bebanan dalam hidup mu. Tapi kaseh sayang dan cinta yang ade, aku akan beri sepenuhnye untuk kamu sebagai balasan segala kepayahan kamu untuk menjage hubungan kite. Terlalu banyak kekurangan yang ada dalam diri aku dan banyak juga perangai aku yang tak disukai oleh die.. Jika disenaraikan, pasti tidak akan boleh dinomborkan. UNCOUNTABLE. Tapi, jika kamu minta untuk aku senaraikan kekurangan dan keburukan kamu, aku tak dapat menulis walaupun hanya 1 sifat. Kemarahan mu yang dikatakan keburukan mu, bagi aku tiada buruknye kerana kemarahan kamu akan sentiasa bersebab untuk kebaikan diri ku dan perhubungan kite. Siapa pun kamu, aku terima dengan hati yang terbuka. Kamu tiada buruknye pada mata ku. Aku akan cube untuk jadi seseorang yang disukai dan disayangi oleh mu sentiasa. Sesungguhnye setiap individu itu tiada yang sempurna.
"Meeting you was fate, becoming your friend was a choice but falling in love with you I had no control over."
Kau yang teristimewa di hati ku. Tiada lain. I PROMISE!
4 comments:
nana jatuh cinta..dear xmo la sedih2..mybe its too late nk pth blek in ur final year of nursing. but percaya yg ada hikmah disebaliknya k...chaiyok2!
jatuh cinta pada sorang insan yg lebih. hopefully bleh jatuh cinta ngn nursing. keje nurse ok je, mybe stress coz kite student kn.thanks ilan!
nana.at first ak pn xcaye dulu.yup.mmg btol antara kite2 dulu ko agk hebat bab2 math.so thats why ak cm xcye ko amek nursing.tp tu la kn.bg ak ko mmg pndai pon.so no wonder ko skg da final year.yet its nursing.so mksdnye ko bole je!never think of going back.but always looking forward dear :)insyaALLAH u can dear
wawaaa..sedihnye aku..
thanks dear!!
Post a Comment