Lilypie Pregnancy tickers

Monday, December 9, 2013

Survey 3D/4D Ultrasound - 26 weeks 4 days



Weehee..
Lame beno tak update blog ni.. tapi tak ape, janji takde la bersarang sangat.

Kali ni nak cite pasal survey klinik yang menyediakan servis 3D4D scan baby yang berbaloi dan puas hati..
Mula-mula sekali, faham kan dulu ape 3D and 4D yang kite cari.. Kebiasaannya kite dengar scan 2D, 2D ni yang biasa kita lihat gambar hitam putih. Yang ni saya penah scan mase Antenatal Checkup dekat Klinik Kesihatan Taman Medan. Mase tu, bru bpe mggu ntah. Lupe, tapi organ semua da fully developed. Baby siap lambai-lambai tangan lagi, tapi sayang hubby tak dapat tengok sekali. Dan tak de pun print out picture untuk bagi hubby tengok. Hubby cume tau daripada wifey die bercerita sahaja.. Heheee

3D pulak memang da banyak sekarang ni dengan teknologi yang canggih kan. Rasenye mesti da tau.. Dengan 3D, kecacatan baby boleh dikesan seawall dalam kandungan lagi. Memang boleh nampak baby dari pelbagai sudut dan lebih puas hati..

4D pulak adelah video pergerakan 3D. 
Contoh gambar 2-Dimension

Contoh gambar 3-Dimension
Kite pun buat blog-walking dan baca pengalaman-pengalaman bagi mereka yang pernah buat 3D4D ni tok dapatkan klinik area yang tawarkan dengan harga yang masih dalam budget. Tapi banyak-banyak survey ni, hati ni da tertarik-tarik tok pegi scan dengan sonographer yg famous dari bloq-walking sepanjang 2,3 hari ni.. Semua customer sangat puas hati dengan layanan dan servis yang diberikan oleh sonographer Miss Jezzlyn.

Daripada blog-walking, ape yang dapat disimpulkan yang harga masih dalam range budget J Itu yang penting. Hehee. Biasa la, first baby, memang teruja la nk buat scan2 ni kn.. Tahun lepas pny blog-walking, harga RM100 dengan dpt 1 printed out 3d, and CD. Dalam CD ade berpuluh-puluh gambar and video 3D baby inside your womb. Waaahhhh.. Tapi tahun ni punye blog walking, jumpe harga RM120. Ok la tu, mahal RM20 daripada tahun yang sudah.

Call and wechat dengan hubby, tanya boleh tak nak booking.. Heee, nampak tak ade sifat tak sabar disitu? Hehe.. Hubby kate usha dulu klinik dekat kawasan mane. Nanti bile da booking, tak de la sesat sampai lewat sampai. Ok! Deal dengan hubby, usha tempat dulu. Minggu ni baru 27 weeks. So, sempat lg sebelum 30 weeks. The best shoot untuk 3D4D ni mase kite 26 weeks – 30 weeks.

Antara tempat yang nak di-‘usha’ ialah: -

  •  Klinik Fauziah & Rakan-rakan, Desa Ampang 15, Persiaran Desa Ampang,Taman Sri Ampang, 51000 Kuala Lumpur *** jarak dari rumah dari Google Maps – maybe dalam 30 minit dengan traffic semasa.. 
  • Poliklinik An-Nisa’, No 5, Jln BPP 8/1, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor. *** jarak dari rumah dari Google Maps – maybe dalam 30 minit dengan traffic semasa..
  • Klinik Umra, 18, Jln Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
    *** jarak dari rumah dari Google Maps – maybe dalam 18 minit dengan traffic semasa..

No comments: