Lilypie Pregnancy tickers

Monday, January 22, 2018

PART 2 : RUMAH SELANGORKU_PROSES PINJAMAN LOAN LPPSA

Assalamualaikum Readers, 

Rentetan daripada post yg lalu http://nafardz.blogspot.my/2017/07/part-1-rumah-selangorkuditawarkan-rumah.html lepas cabut undi 20/05/2017 (Sabtu), kena tunggu S&P yg da siap complete dr peguam. Selepas hari ke-24 (setelah 3 minggu lebih menunggu), S&P da dapat collect pada 13/06/2017 tengahari.

Lepas dapat S&P, terus la online permohonan loan LPPSA kat web dia petang tu jugak. Esoknya 14/06/2017, En. Syintee pun hantar borang LPPSA ke bahagian HR untuk pengesahan & cop. Kami buat atas 1 nama sahaja untuk loan LPPSA. Kami adalah pemohon bg kategori Jenis 3. Petang tu jugak HR da pulangkan dokumen kitaorg. Terkejut jugak mcm cepat sgt. Hihihiii.. Terus la check through apa support dokumen yg nak kena hantar kat LPPSA untuk proses premohonan. Boleh click sini http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/borang/borang-manual-sppb dan scroll yg bawah sekali.

Bila da go-through, baru perasan no 10 (Geran yg telah disahkan - sy minta pada pemaju), 11 (Carian Rasmi yg disahkan - sy minta peguam buatkan), Borang 3 (Akujanji peguam - minta dari peguam, Pengesahan Akaun Bank Pemaju - minta dari Pemaju) & Borang 5A (Ada pecahan minta dari Pemaju & Peguam) tak ada. Cepat2 la sort-out yang mana nak minta pada pemaju & peguam. Tarikh ni jugak cepat2 contact Peguam & Pemaju untuk prepare dokumen tambahan ni. Tak boleh lengah sbb proses kat LPPSA nanti pun ambil masa, kena Late Charge/Penalti dari pemaju plak.

Dalam masa seminggu, cukup la segala dokumen. 21/06/2017 da hantar ke LPPSA by hand. Make sure ikut segala susunan seperti Jadual Senarai Semak Pinjaman Jenis 3 tu. Memang cepat la orang kaunter tengok dokumen.

 Ini lah slip yang diberikan oleh orang kaunter bahagian Penerimaan Borang.

Setelah 2 minggu, check status loan da LULUS & surat bertarikh 04/07/2017. Boleh download je dari web tu. Terus print untuk prepare esok bawak pegi HR untuk cop & sign. Ptg tu jugak la hantar LPPSA by hand @ 05/07/2017.

Itu sahaja bahagian proses Pinjaman Loan dengan LPPSA. Tapi bahagian borang kami ada berbeza sikit daripada apa yg telah diumumkan dalam Budget 2018 sebab lawyer fee untuk pinjaman adalah tanggungan kami sendiri. Maka, tak payah la saya share berapa kami bayarkan. Tapi untuk simpanan & kenangan kami, boleh la attach sekali :)


Will continue for Part 3 : Bahagian Gadaian & Cagaran ya. Terima Kasih.



No comments: