Assalamualaikum & salam sejahtera tok kalian :)
Adakah anda mencari yang terlalu sempurna sebagai pasangan anda???
Bertanya lah pada diri sendiri. Perlu sentiasa ingat, sesungguhnya setiap kejadian hambaNYA tiada yang terlalu sempurna melainkan diriNYA.
Nana penah ingat satu kisah seorang guru dan anak muridnya:
GURU: Task saya tok awak ari ni, awak pegi ke padang dan sepanjang perjalanan awak, petikkan saya satu bunga yang sangat cantik pada pandangan awak dan setelah awak berjalan ke hadapan, awak tak boleh menoleh ke belakang lagi.
MURID: Baik cikgu. Saya pergi sekarang.
==> Murid ni pun pergi ke padang dan mencari bunga seperti yang diinginkan oleh gurunya. Sehingga ke hujung padang, dia masih tidak memetik sekuntum bunga pun walaupun dipertengahan jalan dia ada berkenan pada sekuntum bunga. Akhirnya, dia pulang dengan tangan kosong. <==
GURU: Mana bunga yang saya minta?
MURID: Saya da berkenan dengan sekuntum bunga di pertengahan jalan tapi saya teruskan pencarian saya ke hadapan, kalau-kalau maseh ade yang lagi lawa dari yang saya lihat tadi. Tapi tiada sebab cikgu pesan tak boleh berpatah balek apabila telah ke hadapan.
GURU: Maka, sekarang kamu telah kehilangan bunga yang kamu telah berkenan.
MURID menganggukkan kepalanya tanda bersetuju kata-kata gurunya.
p/s: dialog adalah rekaan sendiri. Tapi lebih kurang camtu la cite die.
Pengajarannya,
jangan mencari terlalu sempurna kerna akhirnya diri kita sendiri yang akan kerugian. Cukuplah jika kita menjumpai seseorang yang boleh memberikan kaseh sayang dengan seikhlas hati. Kaseh sayang itu lebih beharga dari paras rupa dan kekayaan harta. Tapi, tidak dinafikan harta juga penting pada zaman ini jika nak dibandingkan dengan zaman dahulu-kala. Harga sekarang semua naik. Tapi bolehkah kita yakin bahawa dengan harta yang banyak boleh memberikan kebahagiaan atau kaseh sayang yang akan lebih memberikan kebahagiaan dan keceriaan dalam kehidupan seharian kita?
Kaseh sayang sangat subjektif. Memang tak boleh ditimbang dan dikire berapa banyaknye kaseh sayang yang dicurahkan dan diterima. Tapi, ia boleh dirasa dan dilihat daripada keikhlasan orang yang memberi dan menerima.
Kepada Syintee ku:
Setiap masa aku diingatkan tentang diri mu oleh mak mu dan diri kamu. Memang tiada yang sempurna di bumi ALLAH ini kecuali diriNYA. Tapi, bagi ku, kehadiran mu menyempurnakan hidup ku. Itu sudah cukup penting bagi ku. Segala silap ku di tegur oleh mu. Segala teguran mu ada kebenarannya, ini kerana kamu punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akal mu 9, nafsu mu 1. Aku? Akal ku 1, nafsu ku 9. Oleh itu, teruskan lah pimpin dan bimbing ku kerna aku serin lupa, lalai dan alpa. Harap diri mu dapat bersabar dengan diri ku. Terima kaseh syintee!
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...
"Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan."
No comments:
Post a Comment