Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, August 5, 2014

Seminggu Cuti Raya 2014

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Macam mane sambutan raya? ada meriah? hehee
Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama mama and papa sambut raya bersama ayyad.
Tahun lepas, mama papa kena kerja masa raya. Tahun ni dua-dua cuti, lagi bermakna sebab ade ayyad sekali.. Syukurrr... Sihat ayyad membesar..


1 syawal disambut dengan keluarga mertua sebelah hubby. 2 syawal family sebelah abah saya datang beraya di rumah mertua. Meriah. Mak kata ramai yang datang sebelah saya ni. Tu bestnye family sebelah abah yang sepakat berjalan mana-mana beramai-ramai. Alhamdulillah :) Lepas tu, saya pun ikut trip sekali jalan pulang ke kampung di Sepang..


Jalan amek angin dekat Pantai Bagan Lalang dengan ayyad dan adik-adik..
 




5 syawal, main air dekat Ulu Bendul pulak.. Pegi dengan adik-adik je, saje abeskan masa..






6 syawal, ramai-ramai plan jalan beraya di umah mak sedara di Kajang. *gambar takde plak, ade dlm group whatsapp*
Lepas dari Kajang tu, singgah main air tok budak-budak kat Putrajaya. Then, ktorg pun terus balek Sg Buloh lepas ayyad main air..







7 syawal, berakhirlah cuti raya mama and papa.. Esoknye mula bekerja, ayyad pun abes la bermanja dengan mama seminggu ni.. Cian ayyad.. heheee.. Tak terlambat lagi rasanya, kami sekeluarga mengucapkan:



"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN"





Read more...

Friday, July 25, 2014

Ayyad 4 bulan..

Salam..

Lama tak update pasal ayyad kan.. Alhamdulillah, ayyad sihat sentiasa.
Da pandai ketawa terkekek-kekek. Nanti mama upload ye sebab ade dalam henpon papa..
Short list je keadaan ayyad hingga sekarang ye..:)

12 MEI 2014 (Isnin)
Alhamdulillah, anniversary mama dengan papa yg pertama setelah ijab kabul. Ayyad pun da ade dengan mama and papa. Mama and papa plan pegi Bukit Tinggi jalan-jalan ambil angin. Masa ni ayyad berumur 54 hari :)





14 MEI 2014 (Rabu)
Mama da start keje masa ni. Sedih sangat sebab kena tinggalkan ayyad mase umur baru sebulan lebih. Tapi atas tuntutan kerja, mama terpaksa. Mama tinggalkan ayyad untuk mama sue jaga. Alhamdulillah, rezeki ayyad, sangat dimanjakan dengan mama sue. Banyak baju die belikan. Jaga ayyad full time depan mata. Ya Allah, moga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik pada keluarga mama sue. Mama sue cuma berkesempatan menjaga ayyad sehingga 14 July 2014 atas sebab kesihatan yg tak mengizinkan.

16 JULY - 18 JULY 2014 (Rabu-Jumaat)
Ayyad dijaga oleh seorang akak yg tinggal di apartment blok G. Nama je apartment, tapi keadaan sekeliling macam flat biasa je. Mungkin bangunan tu pun da lama terbangun. Cuma 3 hari je ayyad dijaga dengan akak tersebut dengan sebab umah die tingkat 13 kot. Bercinta setiap hari nak daki lif sampai tingkat 13, lagi-lagi kalau masa tu kena kejar masa dengan papa ayyad yg nak masuk keje dalam masa yg sama. Selama mama ikut tinggal dengan papa, mama tak penah pegi dan balek keje sendiri, setiap hari papa yg anta dan ambil. Masa perut memboyot bawak ayyad pun, mama masih pegi kerja bonceng moto dengan papa. Papa banyak korban masa dia tok kite tau. Hehee.

21 JULY 2014 (Isnin)
Bermula ayyad duduk dengan pengasuh yg baru. Pangkat nenek untuk ayyad. Harapnya ayyad suka duduk situ dengan ada ramai kawan dalam uma tu sebab cucu-cucu die pun duduk sekali. Ayyad belum nak meniarap sendiri lagi. Kalau papa atau mama letak ayyad meniarap, ayyad mesti tolak-tolak nak telentang baring semula. Ayyad malas usaha ye. Hehee.. Cepat la ayyad besar :)

25 JULY 2014 (Jumaat)
Ayyad ade ruam dekat bahagian depan badan, leher dan muka. Pengasuh sebelum ni tak pernah pun ayyad sampai ruam-ruam. Eeerrmmm.. panas ke syg? Cian ayyad. Mama harap tak makin terok. Lagi 2 hari nak raya. Kita dapat raya bertiga la tahun ni :)




Read more...

Tuesday, May 20, 2014

Little Junior Nafardz...


20 March 2014 @ 4.15 a.m ~ Muhammad Fayyadh Rifqi bin Muhammad Fairuz

DAY 1 OF LIFE
- postnatal ward PPUM




DAY 3 OF LIFE
- admitted to PPUM Paediatrik Ward because of Jaundice




DAY 33 OF LIFE
- after follow up at KK Taman Medan


DAY 59 OF LIFE
- follow up this coming wednesday 21.05.2014



Read more...

Friday, April 4, 2014

Pengalaman Bersalin Pertama (normal method)

18032014 jam 10:15 pm:
Contraction dirasakan semakin kerap dengan ritma sela masa yg tidak tetap. Masih boleh bertahan lagi, so still keep jotdown masa stiap kali contraction datang. Fresh blood yang doktor pecahkan pagi tadi pun da takde.
Mule2 plan jugak nak pi hospital lewat malam ni tok check bukaan, tapi bile fikir balek, biasa anak pertama ni bukaannye lambat. So, hold on dulu bab nak pi hospital tu. So, plan je ikot syintee gi keje esok pagi and check bukaan esok je. Tapi sebelum gi keje tu, singgah mcd dulu sbb nak redeem kupon breakfast. Hehee. Sempat je lg kn.. 

19032014:
Contraction dirasakan semakin kerap dengan sela masa setiap 5 minit sejak jam 1:03 am. Tahan2 sakit pastu da terlelap dengan last contraction jam 1:25 am.

Hampir 4:30 am, terjaga sebab merasakan seperti ade sesuatu keluar diiringi dengan sakit macam senggugut. Bangun pi toilet, kuar darah bercampur dengan lendir yang banyak. Masih ade lg rupenye, ingatkan da kering da malam tadi. Ok, keep follow the flow. Buang air kecil sume, then terasa cam nak buang air besar tapi takot nak membuang. Takut kalau2 bukan nak buang air besar, lain pulak yang keluar nanti. Lepas tu jadi 1 hal lagi, rase cam incontinence urine. Dalam kepala rase macam air ketuban da pecah, tp boleh control mcm buang air pulak. But then, lepaskan je. Saje buat2 tahan, sbb nk tau air ketuban ke air kencing, padahal mase tu bru je abes buang air kecil.

Settle g tandas, terasa lapar pulak. Nasib baik da pesan awal2 dengan syintee malam tadi minta belikan roti. Time nak makan syintee terjaga, ok, roti sorang separuh makan. Pastu die tido balek. Hahaa. Sorry, my husband memang camtu.

Ok, time tok bersiap2 kluar uma. Kite g mandi dulu dengan jam menunjukkan pukul 5.50 am. Mau kluar pi mcd kejap lg :)

Jam 8 lebih pagi da smpai PPUM. Syintee masuk keje 9 pg - 4 ptg ari ni. Masuk awal ni, dpt settle keje awal siket sbb pastu nak breakfast redeem kupon mcd yang baru amek tadi, pastu nak gi check 'jalan'.

Jam 10 pagi, check 'jalan' da buka 3 cm. Alhamdulillah, sakit contraction yang masih boleh bertahan tapi cume slow bile berjalan je. Ade orang lain, sakit da tak tahan, tp check baru 2 cm. Sekarang da admit ward tok monitor bukaan 'jalan'.

Petang ade ward round. Doctor suggest tok induce malam tu jugak, tapi kite diberi pilihan samada nak induce malam tu atau pagi esoknye. Fikir2 punye fikir, pilih esok paginye je tok induce. Pastu pujuk baby dalam perut minta kuar jugak malam tu supaya dapat normal tak payah induce. Dalam wad sakit contraction masih seperti biasa. Syintee dapat teman smpi jam hampir 10 malam je. Mase tu memang ade cakap contraction macam kerap dan kite rasa takot tok hadapi waktu2 delivery. Syintee risau, tapi kite pesan tdo la dlu. Rasenye smpi kol 12 mlm insyaallah takde ape2. Syintee pun tunggu la kat bawah.

Pkul 11.45 malam, sakit contraction rase sakit sgt. Sebelum tu ade tny SN, bile waktu nk check 'bukaan' sbb sakit da stiap 5 minit. Tapi SN cakap, bgtau die bile rase sakit sgt yg sampai tak leh nak tahan da. So, cube bertahan, tapi dapat bertahan 30 minit je. Lebih kurang 12.15 pagi, memang sakit tak leh tahan da, tekan loceng panggil SN. Mase ni da nangis2 da sebab tahan sakit sorang2. BBM dengan syintee, syintee nak naik wad, tp SN mesti tak bagi, so cakap ape2 nanti kite bgtau.

Pkul 1 pagi lagi la sakit tak boleh tahan. Tak berdaya nak berbalas BBM dengan syintee lagi. Nangis2 kat SN cakap memang da tak boleh tahan sakit da, minta kebenaran minta husband naik sebab nak gi tandas tapi takot. SN kate tak pe, die bantu. Mase pegi tandas, husband call tapi tak dapat angkat. Nak BBM bgtau husband, tapi rase sgt tak berdaya nak taip mesej. Call? Credit memang takde mase ni. Husband ingat yang kite da tertido. Hukkhukk..

2 orang doktor datang tok check 'bukaan' selang sejam setiap kali kite panggil SN bagitau da sakit sgt. Doktor macam tak pasti 'bukaan' da brape.(Rasenye M0 yang check mase ni). Die bincang2 dgn SN, pastu tolak kite ke Labor Room jam 3 pagi. Tak sempat nak bagitau syintee. Tapi minta SN tolong call husband bagitau die. 

Dalam LR jam 3.30 pagi, SN check katenye da buka 7 cm. Dalam hati rase mcm da tak sabar nak meneran sebab sakit sangat setiap 2,3 minit. Dalam diam daku da terteran. Huhuu. Nasib tak terkoyak je. 

Jam 4 pagi, DR msuk and prepare barang. DR ni pun prepare la cepat siket, kite ni da tak tahan. Da ready angkat kaki, DR nmpk kite meneran sebelum disuruh. Hahahaa. Gelabah DR bentang kain cepat2. Subhanallah, pengalaman sakit tu memang susah nak dilisankan dengan kata2. Jam 4.15 pagi, alhamdulillah selamat kedua2nya.. 

Sesi mencuci dan jahitan episiotomy selesai jam 5.15 pagi. Pastu DR suro rehat dulu, lagi setengah jam die nak buat VE tok check lepas jahitan. Terus kite tertido je lepas tu, and ade terjage2 jugak. DR check 6.30 pagi, pastu kite ditolak ke Postnatal Ward jam 7.30 pagi. Nak dijadikan cerita pasal husband pagi tu die tido and die kunci jam pukul 5.30 pagi. SN call pn tak sedar. Sedar2 je da pkul 5 pagi bagitau yg kite da selamat bersalin pun. Huhuuhhu

Lepas admit kat Postnatal Ward, tercari2 gak mane la syintee ni. Siap pesan dekat akak yang tolak katil tadi suro telefon kn husband. Menangis2 plak kite kat ward tu, mesti akak katil lain fikir yang baby kite tak de ke. Sebenarnye fikiran mase tu dok fikir 'I want my husband beside me' huhhuuu. Yela, last jumpe pn last nite. Lepas da harung segalanya sorang2, I just my half beside me to share the joys and tears. Tambah2 lagi dalam fikiran teringat arwah ibu yang tak sempat jumpe cucu pertama.  

Arwah ibu meninggal dunia pada 02.03.2014 lebih kurang jam 9 lebih pagi. Cucu pertama melihat dunia pada 20.03.2014 lebih kurang jam 4.15 pagi. Ya allah, bile dilihat tarikh nombor yang lebih kurang sama. KAU ambil orang yang melahirkan aku dari rahimnya dan KAU gantikan seseorang yang keluar dari rahim ku. Subhanallah. Semoga arwah ibu ditempatkan di kalangan yang dikasihi olehMU dan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Read more...

Tuesday, March 18, 2014

Final checkup PPUM @ 40 weeks 5 days..

18032014:
Pg ni ade checkup kat ppum jam 8 pg. Bile dpt appointment pg2 ni kebiasaannya orang tak brape nak ramai. Sronok je dapat abes screening awal. Hehehee.. 

Jam 8.30 pg cmtu, da dipanggil tok masuk ke bilik doktor. Doktor terangkan serba sedikit bile da overdue dan prosedur2 yang terlibat macam vaginal examination & induction of labour. Doktor cakap sekejap lagi die nak buat VE, mana tau 'jalan' da buka ke. So, prepare mental and body for VE. Oh MY!

First time experience VE, sakitnye kne godek2.. Arrgghhh.. ~ Tibe2, rase cam something mengalir, dalam kotak fikiran "ai, aku terkencing ke?" Sbb doktor tu godek memg boleh tahap tkencing la kalau sape yang tak kosongkan pundi kencing lagi tu. Then, doktor tunjuk kat glove die, darah da turun. Salah satu tanda tok bersalin dan buka dlm 1 cm. 

Lepas tu, di minta naik ke tingkat 4, tok buat rekod CTG. Patutnye prior to arrival, tp ade clash dgn appointment yg tibe2 bertukar minggu lepas. Tak de plak cakap smule tok buat CTG for next checkup. So, naik la tingkat 4. 

Sampai tingkat 4, nurse tanye da makan belum. Harus la belum kn, awal pg da smpi hospital. Baru plan ngn hubby lepas ni nak g sarapan. So, minta tolong hubby beli roti ngan air tok alas perut. Sbb nak elakkan baby sleeping mase rekod CTG. Settle sume CTG kol 10 pagi.

Turun bawah bagi result kat doktor tu semula. Everything normal kot, sbb doktor tak kate ape2. So, boleh pulang. Tapi dipesan, kalu contraction datang dengan kerap, pegi ke labour room terus. If masih takde tanda2 nak bersalin lagi, terpaksa induce 24.03.2014. Hopefully, dapat rase sakit bersalin normal tanpa induce. Amin ~ semoga segala dipermudahkan :)

Read more...

Tuesday, February 25, 2014

Masih Setia Menanti Hari Kelahiran :)

Serius raseb nervous sangat.. Tapi dalam masa yang sama, macam nak cepat-cepat je bersalin ni.. hehehee

Hari ni da masuk 37 minggu 5 hari da.. Apa-apa tanda masih tak kunjung tiba..

Tapi kalau sakit kelengkang tu, mase start masuk 36 minggu da saket da. Susah sangat nak bangun bila time da duduk, pastu nak jalan, punya la rase berat sangat kaki ni nak angkat..

Start 36 minggu jugak la, kaki sembap yang teruk jugak.. Tak suka tengok.. buruuuukkk.. hahahaa.. Selipar dan kasut pun jadi sempit da. hehehee

Sakit belakang? Rasenye da lame rase sakit belakang bile time baring pastu nak bangun. Memang rase cam nak patah la pinggang ni.. Tapi rasenya sakit ni bukan tanda-tanda awal bersalin sakit belakang pinggang tu..

Tanda awal bersalin lagi yang da muncul, of course la kepala baby da turun ke bawah. Sejak semalam da rase contraction da, tapi tak de la 5 minit sekali dalam 1 jam. Contraction pun masih mampu bertahan lagi..

Berdebar betul bile nak masuk 38 minggu tok minggu ni.. Apakah pengalaman yang menanti kelahiran pertama ini? Harap-harapnya segalanya dipermudahkan.. Beg baby macam da siap packing.. Lgi 5% je kot.. Beg mummy die je xsiap lagi.. Sebab sumenye masih perlu dipakai seperti baju, kain and others. Kita ni bukan la byk baju sangat. Baju pn semua da sempit da dengan pengembangan badan selama 9 buulan lebih ni.. hehehee..

Doakan kami semoga segalanya dipermudahkan ye :)






Read more...

Friday, February 7, 2014

Menghitung hari :)

Dup Dap... Dup Dap...

Tick.. Tick.. Tick.. 

Bile loceng nak berbunyi ni.. hahahaa..

Counting days ~ 



Ni gambar mase 34 weeks and 3 days :)

Due 13.03.2014.. 

Berdebar-debar mommy ngan daddy tunggu ni.. hehee

Doakan kami berdua dapat tempuh dengan selamat ye..

Read more...

Friday, January 3, 2014

Da Scan Baby :) @ 28 weeks

Frenz,

Booking 3D/4D ari tu kite da pegi pun. Alhamdulillah everything fine :)



Heee... Syenemek ni tido jee.. Penat si Jezz tu kejut tapi xnak bangun plak..

Pastu die pusing, tutup telinga tak nak kena kacau.. Heheee.. So cute.. Ikot perangai sape la ni yee.. :)

Finally, my baby is a BOY :) Alhamdulillah, dapat seperti yg diinginkan :)


Ni video syenemek bile taip liat tok kejotkan die. Hehehee

Read more...